KEINDAHAN DAN KEHENINGAN BELIAN ALAM

KEINDAHAN DAN KEHENINGAN BELIAN ALAM-Permulaan pagi yang indah membawa ke satu titik kesegaran hirupan udara nyaman segar alunan germisik suara alam sentuhan daun-daun hijau terpukau pada wajah cantik dan tampan warna-warna pelangi gemilauan. Itukah Aku?

Sunday, 8 May 2011

Rawatan Aura/Tetemas


Kalau dahulu setiap kali badan lesu, demam tak kebah, pening-pening lalat macam-macam berkaitan tidak selesa badan Pah (datuk perempuan)  sering merawat aku menggunakan kunyit. Kunyit belah dua di lambung. Yang mana terletang akan calit sedikit kapur dan kemudian sapu ke dahi sendi-sendi, celah telinga dan celah jari kaki. Selalunya sehat kembali. Rawatan ini dipanggil Tetemas.  Bila aku ingat-ingat aku dan cucu -cucu  yang lain tidak pernah ke klinik atau ke hospital. Apa yang aku ingat waktu itu ke hospital ziarah orang sakit je. Aku pernah sakit kayap. Pah masuk ke hutan cari akar herbal buat ubat. akar tersebut sapu dengan bedak sejuk selang berapa hari kayap kering dan sembuh. Inilah kepakaran jenerasi dahulu mengguna apa yang ada disekeliling bukan sahaja makanan malah ubatan. Selain cucu-cucunya jiran-jiran tetangga sering meminta rawatan  tetemas dari pah. 
     Rawatan tetemas memberi ilham kepada aku untuk meneruskan baktinya. Tetemas adalah salah satu kaedah rawatan yang konsepnya sama dengan rawatan aura disebutkan juga pulih semangat.  Setiap makhluk (jizim) mempunyai aura tersendiri. Tidak kira makhluk itu bernyawa ataupun tidak. Makhluk bernyawa seperti manusia, tumbuhan dan binatang mempunyai aura yang berbeza manakala yang tidak bernyawa adalah sama dan tidak bewarna.  Warna pada aura menjelaskan keadaan makhluk samada kondisinya sihat atau sebalik. Kondisi yang sihat  warna aura jelas. Apabila kita melihat pelangi ada tujuh warna yang jelas  ungu, indigo (nila), biru, hijau, kuning, oren dan merah. Kebersihan alam dijelaskan dalam pembentukan warnaan pelangi. Begitu juga dengan manusia. tubuh manusia yang sihat auranya cantik dikaitkan seperti warna pelangi. Tubuh manusia dilingkari oleh lapisan aura kira-kira radius satu meter.  Aura merupakan perisai kepada tubuh badan manusia dari gangguan unsur-unsur negatif. Ianya lembab dan berupaya menerima caj-caj positif dan negatif. Apabila aura dipenuhi banyak unsur-unsur negatif ia akan terhakis nipis dan warna aura menjadi tidak sekata/jelas. Berkemungkinan  akan berlaku  ketidakseimbangan posisi badan dan menyebabkan badan tidak sihat.
     Banyak rawatan kesembuhan bagi memulihkan kembali posisi badan yang tidak sihat antaranya mandi bunga atau kaedah aromaterapi. Berdasarkan kajian dan sumber khzanah perubatan  dahulukala aromaterapi merupakan rawatan popular dikalangan bangsawan. Dipercayai dapat membantu memberi ketenangan dan kesegaran kepada pesakit. Setiap sakit ada penawarnya. Penawarnya dikeliling kita antara sedar dan tidak kesembuhan ada dalam tangan kita sendiri. Pengamatan,penelitian terhadap makhluk, alam dan keyakinan  total pada penciptanya akan diilhamkan bahan kesembuhannya. Hati aku berkata benarlah apa yang diciptakan dijadikan bukan sengaja tapi saja. Aku akan teruskan perjuangan datuk ku dan aku akan imarakkan bunga ros hijau yang diilhamkan agar aku berbakti.