KEINDAHAN DAN KEHENINGAN BELIAN ALAM

KEINDAHAN DAN KEHENINGAN BELIAN ALAM-Permulaan pagi yang indah membawa ke satu titik kesegaran hirupan udara nyaman segar alunan germisik suara alam sentuhan daun-daun hijau terpukau pada wajah cantik dan tampan warna-warna pelangi gemilauan. Itukah Aku?

Monday, 18 April 2011

Penemuan Ros Hijau

Penemuan bunga ros Ros Hijau atau dikenali dengan nama saintifiknya Rosaveridiflora adalah secara tidak sengaja semasa  berkunjung Comeron Highland. Mengikut penjual bunga ros tersebut adalah bewarna merah lalu membelinya dua pokok. Beberapa bulan kemudian hanya satu pokok saja yang berbunga merah. Satu pokok lagi tidak berbunga hampir saja pokok itu dibuang. Walaubagaimana pun pokok tersebut disimpan hinggalah satu hari bunga tersebut mengeluarkan warna hijau. 

Dimasa yang sama, pengasas Sufihealing sakit misteri sudah beberapa tahun dah banyak tempat berubat. Suatu hari antara sedar dan tidak beliau merasakan datuknya yang sudah meninggal mambawa bunga ros tersebut. Beliau memberitahu mimpi aneh itu pada keluarga, Sejak itu setiap kali beliau tidak sedar bunga tersebut diminum dan pulih. Beliau menyimpan bunga ini 26 tahun hingga  seorang lelaki Cina datang ke rumah dan melihat bunga tersebut serta mencadangkan bunga tersebut dikeringkan dan dijadikan tea.  
Setalah banyak kali berubat dan banyak mempelajari teknik-teknik perubatan syifaq, Kundalini Reiki, Mind power  serta lain-lain kursus herba yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian dan swasta  akhirnya,  Beliau membuat rawatan alternatif sendiri yang berkonsepkan aromaterapi menggunakan kaedah natural healing gelombang dan getaran yang selari dengan kaedah pusingan lawan jam (anti clock wise). Peringkat awal beliau membeli produk aroma untuk rawatan pesakit  tetapi dengan cadangan pesakit, pengasas Sufihealing mendapat ilham untuk mengeluarkan produk sendiri dengan menggunakan ros hijau sebagai asas aroma. 


     Produk pertama yang dikeluarkan ialah aromaterapi Green Ros.(Rosa dDFlora) Aromaterapi yang difomulasikan untuk rawatan alternatif.  Aromaterapi mendapat sambutan tetapi hanya digunapakai untuk rawatan sahaja tidak diniagakan. Memandangkan terdapat permintaan  pengasas Sufihealing mencadang menambahkan produk aromaterapi untuk diniaga dan disamping itu satu produk minyak urut Green Ros juga dikeluarkan dan telah cuba dipasaran. Kedua-dua produk mendapat sambutan yang baik.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...bagaimana nak dptkan item tersebut?dgn siapa perlu dihubungi?

    ReplyDelete
  2. Tuan blog Tak perasan kot...Tak apa..blh ctc Saya 01155060695.. InsyaAllah Saya tanyakan.

    ReplyDelete